3 Bisnes Untuk Tambah Duit Raya tahun Ini


3 Bisnes Untuk Tambah Duit Raya tahun Ini

3 Bisnes yang Boleh Anda Lakukan Untuk Tambah Duit Raya Tahun Ini

Sedar atau tidak... kini, hanya tinggal lebih kurang 30 hari sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan! Bulan yang penuh barakah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat islam.

Seperti biasa, apabila tibanya bulan ramadhan... mood berbelanja masyarakat akan berubah. Masyarakat lebih banyak berbelanja kepada barang-barang berbentuk makanan dan juga barang-barang yang berkaitan dengan hari raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya.

Orang kata, bila tiba bulan puasa ni, rezeki orang berniaga akan berganda-ganda! Tetapi.. kena lihat juga, apa yang diniagakan. Kalau niaga aiskrim atau sarapan pagi, sudah pastinya, jualan akan merudum di bulan puasa ini.

Jadi, kena pandai pilih-pilih juga, perniagaan apa yang sesuai untuk dijalankan dibulan puasa nanti?

Saya sudah ada beberapa panduan perniagaan yang sangat-sangat sesuai untuk dijalankan di bulan ramadhan nanti. Insyallah perniagaan-perniagaan ini selalunya akan mendapat sambutan yang hangat di bulan ramadhan.

Berikut adalah perniagaan tersebut.

1. Bisnes Air Balang

Panduan ini memang ditulis khas untuk mereka yang mahu berniaga air di bazar ramadhan. Ada banyak tips dan strategi sulit ditunjukkan di dalam ebook ini! 

Ramai yang dah dapatkan ebook ini dan sudahpun berniaga di bazar ramadhan pada tahun lepas.

Pada tahun ini, panduan ini telah dikemaskini dan ditambah lagi resepi-resepi air yang terlaris di bazar ramadhan. Ada 20 resepi air terlaris yang dikongsikan di dalam ebook ini!
Nak tahu strategi berniaga di bazar ramadhan?

2. Bisnes Bakeri / Kuih Raya

Ini pun salah satu bisnes yang mendapat permintaan yang sangat tinggi apabila menjalang puasa & hari raya, iaitu bisnes kuih raya dari rumah.

Percaya atau tidak, sekarang ini pun para pengusaha kuih raya dah sibuk buat sample untuk diedar kepada orang ramai. Masuk bulan syaaban, pra tempahan akan dibuka. Dan bila masuk je bulan ramadhan, terus tempahan ditutup dan para pengusaha kuih raya, hanya buat kuih yang sudah ditempah sahaja.

Jadi, kalau nak buat projek bisnes kuih raya, kena start sekarang!
Boleh dapatkan ebook ini untuk bermula dengan pantas

3. Bisnes Borong

Ini pun bisnes hot di bulan puasa! Kasut, baju kanak-kanak, beg tangan, butang baju raya, brooch, bekas kuih dan pelbagai lagi barang untuk sambutan hari raya, boleh diborong dari china dan dijual di pasaran tempatan.

Siapa yang ada ilmu borong ni, memang akan jadi satu kelebihan kepada mereka! Sebabnya, mereka boleh direct terus ambil barang dari supplier di China dengan harga yang lebih murah!  Lagi menarik, boleh juga borong sikit-sikit.. 5 unit, 10 unit.. dah boleh dapat harga borong!

Nak dapatkan ilmu borong, boleh

P/s:- Jika anda bercadang untuk buat bisnes/projek sambilan pada bulan puasa tahun ini. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula bertindak dan mengatur strategi.

P/p/s:- Anda dah boleh survey, barang apa yang hendak dijual? tempat / lokasi bazaar mana yang anda nak masuk? teknik marketing mana nak guna? 

P/p/p/s :-  Bila buat bisnes di bulan ramadhan ni, dia macam lumba lari.. siapa yang start dulu.. maka, lebih cerah peluang dia untuk menang dan untung besar!