6 TIPS BISNES DARI MAIL. TIPS NO 5 YANG PALING MAHAL




6 TIPS BISNES DARI MAIL. TIPS NO 5 YANG PALING MAHAL

Siapa tak kenal Upin, Ipin dan rakan-rakan, kan? Dan antara rakan-rakan mereka, ada seorang rakan mereka yang pandai meniaga. Siapa lagi kalau bukan Mail.

Di sini saya nak kongsi 6 tips bisnes dari Mail yang mana kita sendiri boleh duplikasi dalam bisnes kita. Jom baca satu-satu:

.

1.  KONSISTEN

Faktor utama bisnes tumbang sebab tak konsisten. Tapi anda lihatlah sendiri Mail. Konsisten menjual. Sikit pun dia tak penat, mengeluh.

.

2. BUANG RASA MALU

Waktu mula-mula Upin Ipin meniaga, bantu Mail menjual di pasar, mereka malu. Mail meyakinkan mereka. Mail kata, awalnya dulu dia pun malu. Tapi kalau nak berjaya dalam bisnes, kena buang rasa malu. Jangan rasa malu nak niaga.

.

3. SEDEKAH

Waktu mereka solat jemaah waktu malam, Upin, Ipin dan kawannya membantu mengemas surau. Dalam masa yang sama, Mail cuba menyumbat wangnya ke dalam tabung surau yang dah sendat. Ya, ini caranya, sedekah!

.

4. NETWORK

Lihatlah jaringan yang ada pada Mail. Semua orang pun dia kenal. Sama macam bisnes kita. Jika kita mahu kukuhkan bisnes kita, bina network, besarkan jaringan. Jangan besarkan musuh pula ya.

.

5. UPSELL

Ini mungkin tips yang paling mahal. Mail tidak menjual ayam gorengnya satu, tapi dua! (dua seringgit). Barang lain yang Mail jual pun selain ayam goreng, semuanya dua, bukan jual satu. Ini namanya upsell. Jual lebih dari satu untuk kaut untung yang lebih banyak.

.

6. RAJIN

Ini juga tips yang sangat penting. Dalam bisnes, kena rajin. Ya, bisnes memang penat. Tapi kalau dilayan rasa malas, bisnes takkan ke mana.

.
.

Anda belajar sesuatu dari tips Mail ini?

Kalau ya, bantu saya dengan komen '2 seringgit' 😁

.

Sumber = FB Hamid Addin,
Si Mail Senior

Sitegiant E-commerce

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT



1. Solat awal waktu

Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2. Solat Dhuha

– eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..