3 Kesilapan Utama yang Ramai Orang Buat, Membuatkan Kulit Mereka Tidak Menjadi Putih
Ramai orang yang inginkan kulit putih. Tapi perasan atau tidak mereka secara sedar atau tidak sedar membuat kulit mereka tidak putih.
1. Faktor Genetik
Keturunan atau faktor genetik memainkan peranan yang besar kalau anda nak kulit putih. Andai ibu dan bapa anda kulit agak gelap. Potensi untuk anda berkulit gelap adalah cerah.
Jika kulit ibu anda berminyak, berkemungkinan kulit anda juga berminyak. Jika anda berketurunan kulit agak gelap, maka sangat sulit untuk anda berkulit putih secara semula jadi agak mustahil.
Tapi tidak perlu risau, dengan kedah yang betul, kulit anda boleh jadi putih tapi tidak la seputih artis - artis Korea.
2. Kurang Minum Air
Bukan hanya soal genetik sahaja akan buat kulit anda tidak menjadi putih. Kurang minum air juga akan menjadi faktor kulit tidak putih. Saya maksudkan bukan air manis tapi air putih, air masak atau air dari Penapis Air. Kita di sarankan minum air 8 gelas sehari.
Air dapat menyingkirkan toksik dalam badan sekali gus menyumbang kepada kulit yang sihat.
Jika kurang minum air, kulit anda akan Jadi kusam, kering dan kurang berseri. (Baca juga: Mineral Apa yang Boleh Putihkan Kulit)
3. Gaya Hidup Kurang Sihat.
Di zaman moden ini ramai yang terlalu sibuk bekerja hingga jarang membersihkan kulit muka. Kadang-kadang tidur terus tanpa membersihkan kulit muka. Kepada yang jarang bersukan juga menyebabkan kulit tidak putih. Ini kerana apabila bersukan, peluh akan keluar melalui kulit dan menyebabkan kulit sihat.
Ini menyebabkan sisa yang berada di kulit terus melekat dan sukar di hilangkan.
Tabiat suka merokok juga menyebabkan kulit tidak putih. (Baca juga: Bagaimana Nak Kulit Putih Satu Badan)